Labels

Powered by Blogger.

About Us

Sejati Tuisyen Sandakan

Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari website kami. Sejati Tuisyen Sandakan ditubuhkan adalah dengan matlamat untuk menyumbang ilmu di kalangan anak-anak muda di sekitar Sandakan terutamanya kawasan Taman Sejati Batu 7 Sandakan, Taman Merpati, Taman Airport, Taman Rimba, Taman Fajar, Taman Sejati Ujana, Taman Kenari, Taman Nuri, Taman Murni,  Taman Rajawali, Taman Bahagia dan Taman Mawar Sandakan.

Sejati Tuisyen Sandakan adalah dijalankan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang tuisyen sejak tahun 1997 iaitu Bhakra Gani. Beliau telah melahirkan ramai pelajar cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah sehingga ke bidang kerjaya pelajar. Juga aktif dalam program motivasi anjuran kerajaan dan swasta.

Bhakra Gani berkelulusan kejuruteraan elektronik tajaan SIEMENS TECHNOLOGY, aktif dalam penulisan blog di internet dalam Bahasa Inggeris malah beberapa artikel beliau dijadikan bahan rujukan di ratusan website di internet dan rujukan dalam proofreading di USA. Sertai laman web terbaru Bhakra Gani.


Anda boleh search google.com “Bhakra Gani” “Bhakra Gani Articles” atau klik link ini untuk salah satu artikel Bhakra Gani yang mendapat sambutan di internet – 7 Step: How to Create and Publish Your Own E-book

Bhakra Gani juga telah berjaya membuat rumusan dalam kajian beliau bagaimana orang melayu boleh belajar dengan cepat dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Teori dan teknik ini banyak yang telah diajarkan kepada murid-murid beliau selama berkhidmat dalam bidang tuisyen.

Bhakra Gani juga aktif dalam penulisan muzik dan hasil karya beliau telah memasuki pasaran USA dan Eropah hanya melalui pengetahuan di internet. Rujuk link ini – Search Bakh G di Google atau Layari web album. Klik di sini.

Matlamat Sejati Tuisyen Sandakan

Matlamat kami adalah untuk membantu dan menjadikan generasi kita lebih cemerlang dan dapat bersaing sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Kenapa anda pilih Sejati Tuisyen Sandakan?


1) Sejati Tuisyen adalah berkonsepkan home tuition iaitu pelajar tidak melebihi 15 orang pada satu sesi pembelajaran.

2) Tutor yang berpengalaman dalam bidang tuisyen sejak tahun 1997. Mahir dalam subjek Add Maths, Fizik dan Kimia serta mampu memberikan terbaik kepada anda “English Grammar” dalam penulisan.

3) Teknik belajar yang tidak membosankan dan boleh mengurangkan stress di kalangan pelajar kerana bebanan kerja sekolah yang banyak.

4) Modal insan diutamakan disamping mencapai kecemerlangan dalam setiap pelajaran.

5) Bayaran tuisyen yang berpatutan bagi mereka yang berpendapatan rendah.

6) Teknik belajar dengan mudah diberi secara percuma selain teknik membaca laju dan teknik mengira laju.

7) Konsep belajar yang seimbang iaitu 50% akademik dan 50% motivasi.

8) Soalan – soalan ramalan dari sekolah berasrama penuh, MRSM dan negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia.

9) Konsep belajar yang berlainan berbanding Pusat Tuisyen lain, Sejati Tuisyen Sandakan lebih memberi tumpuan kepada masalah yang pelajar hadapi di sekolah dan bukannya mengejar syllabus setiap mata pelajaran.

10) We have Faith And We Believe In GOD.

 

Blogger news

Blogroll