Syukur Alhamdulillah kepada Allah Subhanahu Wataala kerana telah mengurniakan keputusan yang baik kepada anak-anak muridku tahun lalu.
Terutamanya para pelajar Add Maths yang telah menunjukkan komitmen dan usaha mereka tahun lalu untuk merealisasikan cita-cita saya. Usaha yang kami lakukan bukan sahaja di tempat tuisyen masing-masing malah sampai ke masa tambahan di perpustakaan dan di rumah saya. Semua itu saya lakukan adalah dengan ikhlas tanpa meminta bayaran kepada pelajar. Namun ada juga yang menghulurkan yuran ikhlas yang tidak dapat saya elakkan.
Mereka telah membuktikan kepada saya bahawa subjek seperti Add Maths dan Physics yang kebiasaannya mereka gagal di peringkat sekolah akhirnya mencapai kejayaan didalam SPM iaitu Gred A. Mereka adalah seperti Mohd Amin Suhaimi, Firzanah dan Zulkarnain...dan yang lain-lain yang tak dapat saya nukilkan nama anda disini. Anda semua ada dalam hati cikgu buat selama-lamanya. Mereka juga telah membuktikan kepada saya bahawa Falsafah saya betul iaitu "Tidak Pernah Terlambat Untuk Anda Menjadi Sesuatu Yang Anda Fikirkan Positif"
Terima kasih kepada para pelajarku yang dikasihi sekalian. Zulkarnain agak keliru didalam FBnya dengan saya, mengapa harus saya yang mengatakan terima kasih dan bukanya dia. Jawapan saya adalah seperti diatas anda telah membuktikan pada saya bahawa saya betul dan konsep WIN WIN yang kita amalkan. Anda mendapat kejayaan, saya memperolehi penghargaan. Oleh itu inilah bayaran yang cikgu minta, cuma war-warkan sahaja cikgu pada sahabat-sahabat anda, keluarga dan juga rakan-rakan FB anda bahawa saya bertekad untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya. Maka Sejati Tuisyen adalah pilihan utama.
Akhir kata untuk pelajar-pelajarku sekalian, "Jadikanlah Kegagalan Dan kejayaan Itu Untuk Anda menjadi Lebih Dewasa".
0 comments:
Post a Comment